Thursday, July 21, 2011

Buat Duit Nuffnang

Walaupun aku tahu blog aku ni tak best mana dan tak famous mana pun, tapi bukan glamour yang aku kejar. Blog ni dah jadi sebagai sebahagian dari hidup aku. Itu je.

Berbalik semula kepada soal buat duit dengan Nuffnang, best ke tidak, kalau tanya aku memang aku jawab best ler. Ketuk-ketuk keyboard buat entri pun boleh je dapat duit. Memang aku tak expect nak dapat banyak sangat pun dari blog ni. So, dapat cash out beberapa kali pun kira OK lah kan, siapa nak kasi?. Sekurang-kurangnya tiap-tiap hari ada duit masuk walaupun beberapa ringgit, Alhamdulillah, aku senyum je juga.

Bukannya apa, buat apa aku nak paksa diri sangat kalau nak berhempas pulas pun untuk dapatkan duit banyak-banyak dari Nuffnang. Aku tahu ada banyak cara lagi untuk buat duit dari internet, amnya dan buat duit dari blog, khususnya.

Malas nak mengharap sangat dengan Nuffnang sebenarnya, kalau terlebih mengharap karang frust pula. Silap-silap haribulan, berhenti berblog terus. So, apa yang aku buat sekarang ni, just update je blog ikut suka hati aku. Ada BE Nuffnang nak bagi, Alhamdulillah. Aku terima dengan senyuman manis. Kalau takde pun, takpe, esok lusa adalah tu nanti.

Erm…sekarang ni kalau tengok earning yang tertera, jumlahnya memang dah boleh cash out, tapi kena tunggu BE tu gugur jadi Metered lah. Hehe.. tangan aku ni memang gatal, pantang tengok dah cecah RM50 je, mesti sibuk nak cash out. Tapi of course lah aku tetap suka kalau iklan-iklan BE tu joget lama-lama dalam blog aku. Lagi lama dia joget, lagi banyak lah aku boleh kaching!.

Kalau nak buat duit dari blog memang memerlukan kesabaran. Kalau nak happy berblog, tak boleh fikirkan sangat pasal duit. Nanti boleh cepat down!. Tapi ramai je orang yang dah berjaya buat duit dengan blog, tu kena banyak belajar dari mereka-mereka yang dah berjayalah. Nothing imposibble. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, tak semestinya kena ikut highway je. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

p/s: Selain dari Nuffnang, boleh juga buat duit dengan jawab survey. Boleh tambah-tambah lagi duit poket. Dengan Churp Churp pun boleh dapat duit juga.

Buat Duit Dengan Nuffnang

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasal Saya

My photo
Salam kepada yang sudi singgah. Keep in touch dengan blog ini kerana ia diupdate setiap hari :) Sebarang pertanyaan boleh berhubung di 0132987437

Para Usahawan