Friday, March 5, 2010

Tutorial Buat Duit Online Siri Ketiga


Assalamualaikum. Terima kasih kerana masih setia dengan blog yang tidak seberapa ini. Pada mereka yang masih tercari-cari kerja kosong, disarankan supaya buatlah duit melalui internet secara sambilan. Jangan risau, jika kena caranya, dapatlah untung sikit-sikit.


 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Pada post kali ini saya akan ajarkan kepada saudara mengenai teknik bagaimana membuat surat jualan ataupun dipanggil landing pages ataupun squeeze page.

Aturcara

Didalam landing page ataupun squeeze page, saudara haruslah menerangkan mengenai produk saudara dan meletakkan satu opt in form supaya saudara dapat menangkap email mereka dan akan digunakan pada teknik followup pada masa akan datang.

Tip-tip untuk membuat surat jualan.


Permulaan laman

Tulis dengan huruf besar dan berwarna striking(selalunya merah) dengan satu pernyataan yang membangkitkan rasa ingin tahu ataupun teruja.

Contoh : - SAYA AKAN DEDAHKAN BAGAIMANA MENDAPAT "A" TANPA MEMBACA BUKU!

Perkembangan

Pelawat yang berkunjung akan mula terdetik untuk ingin tahu bagaimana caranya, jadi pada perenggan yang kedua, teruskan dengan perkembangan cerita dengan meletakkan permasalahan

Contoh - Saudara, membaca berpuluh-puluh buku adalah teknik lama untuk mengungguli sesuatu pelajaran bukan ? Tapi kini saya menjumpai teknik bagaimana untuk tidak membaca buku tapi mampu menguasai subjek pelajaran anda.



Di tengah laman

Mulalah menerangkan prodk saudara. Tidak susah. Terangkan secara terus apa yang saudara tawarkan kepada pelanggan saudara.


Masih Di tengah Laman.

Letakkan testimoni dari orang ramai untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk membeli produk saudara.


Frasa Ingin Memasuki Penghujung Ayat.

Tawarkan bonus ataupun potongan diskaun yang membuatkan mereka berfikir rugi untuk melepaskannya. Jangan lupa untuk letakkan tempoh masa untuk barangan bonus supaya mereka bertindak dengan lebih cepat.

Pada penghujung ayat.

Berikan jaminan wang dikembalikan. Jangan risau saudara, peratusan orang meminta semula refund adalah sangant rendah.

Gunakan kuasa PS

PS ini sangat baik dalam menimbulkan personalisasi antara saudara dengan prospek. Biarkan prospek membaca P.S saudara ibarat dia sedang bercakap dengan orang bukan nya sekadar membaca surat jualan saudara.

Lihat contoh lengkap surat jualan yang dibuat.

laman web GDI Grup Naga

Jangan langkah sumbang kalau nak belajar teknik buat duit online
Sila lihat post-post awal.

Langkah Asas Buat Duit ONline
Tutorial Buat Duit Online Siri Kedua
.....................................................................................................................................................................

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasal Saya

My photo
Salam kepada yang sudi singgah. Keep in touch dengan blog ini kerana ia diupdate setiap hari :) Sebarang pertanyaan boleh berhubung di 0132987437

Para Usahawan