Monday, March 29, 2010

Promosi Berbayar Yang Berkesan

buat duit online|perniagaan internet



Rata-rata ramai yang tahu betapa pentingnya untuk mendapatakn trafik ataupun dipanggil pelawat. Cara ini hanya boleh dicapai tidak lain tidak bukan melalui usaha-usaha promosi. Secara umumnya, teknik promosi terdapat dua jenis iaitu berbayar dan percuma. Untuk post kali ini, kita akan fokus bagaimana untuk mempromosikan laman web kita untuk buat duit secara online secara berbayar.

Sebelum saya pergi dengan lebih jauh, saya ingin bersuara sedikit. Kebanyakan orang mengeluh mengenai promosi berbayar yang mana jumlah pelawat tetap sedikit walaupun wang telahpun dilaburkan. Tetapi, jangan terkejut kerana kebanyakan dari mereka tidak membuat kajian mengenai blog atau laman web yang mereka sewa ruang iklan.

Perkara biasa ataupun aspek biasa yang menjadi sumber untuk mengetahui berbaloinya seseorang beriklan disesebuah laman web adalah seperti berikut.

  • Jumlah trafik
  • Harga
  • Tempoh Masa

Perkara ini nampak mudah namun, berapa ramai orang yang mempraktikkannya. Jadi disini, saya akan sertakan tips-tips rahsia yang anda tidak akan pernah jumpa dimana-mana blog buat duit secara online. 

  • Pasangkan alexa bar di browser anda. Boleh install secara percuma di sini. Semakin tinggi rank alexa, semakin berbaloi untuk beriklan di sana
  • Pasangkan page rank button di browser anda. Alternatif terhadap alexa toolbar
  • Promosikan perniagaan anda di Google Adword. Setup bid RM0.20 adalah sangat memadai. Klik terhadap laman web anda akan mengalir laju. Bermakna impression adalah tinggi
  • Promosikan laman web anda di blog-blog mengenai selebriti ataupn gosip artis. Mengapa? Kerana blog-blog ini ramai pengunjung yang online. 
  • Jika anda ingin beriklan berbayar di laman-laman iklan percuma, saya sarankan untuk anda membeli iklan text berbanding iklan banner. Dengan iklan text, ini akan membantu laman web anda muncul di dalam enjin carian. 
Hingga disini sahaja tips dari saya bagaimana untuk membuat promosi secara berbayar yang berbaloi dan berkesan. Ingat, jangan lihat sahaja, buktikan kepada saya bahawa teknik ini benar-benar berkesan terhadap anda dan perniagaan anda. Anda boleh baca mengenai post penggunaan autoresponder sebagai salah satu teknik promosi berbayar.


buat duit online|perniagaan internet

1 comments:

MOHD RAZIMAN MD DOM on April 1, 2010 at 3:47 PM said...

http://duitkerjaonline.blogspot.com/

http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=110060319013584

Related Posts with Thumbnails
 

Pasal Saya

My photo
Salam kepada yang sudi singgah. Keep in touch dengan blog ini kerana ia diupdate setiap hari :) Sebarang pertanyaan boleh berhubung di 0132987437

Para Usahawan