Monday, March 22, 2010

Kaya Dengan Barang Sendiri

Buat Duit Online | Pendapatan Internet



Salam sejahtera, saya pasti jika bersembang mengenai buat duit secara online, ramai yang akan memikirkan program program seperti MLM, PTC, HYIP, Forex, Affiliate dan sebagainya. Jadi, pada hari ini, mari kita keluar kepada kerangka minda yang baru, bukan hanya program-program sebegitu yang mampu menjana pendapatan secara online.

Saya mengesyorkan kepada anda untuk menjual barangan fizikal. Persoalanya adalah, bagaimanakah ingin mendapatkan barang fizikal tersebut. Caranya mudah sahaja. Anda cuma memerlukan mencari apakah benda yang selalu diupdate dan mendapat sambutan. Contoh paling mudah adalah telefon bimbit. Rata-rata telefon bimbit sering mengalami evolusi dan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkkan.

Jadi, anda sudah tahu kriteria sesebuah produk yang perlu dipilih. Apakah langkah seterusnya?. Untuk menjadikan ianya buat duit secara online, anda menggunakan pelantar internet sebagai medan untuk anda memasarkan produk anda. Jangan risau, kesedaran Malaysia terhadap celik IT sudah meningkat dan ramai sudah berani melakukan transaksi secara online.

Cara untuk memasarkan barangan anda di internet adalah mudah. Buat sebuah landing page, kemudian promosikan ia. Bagaimana ingin membuat landing page, saudara boleh rujuk kepada post saya yang lepas. Tidak perlu saudara menyewa domain dan hosting hanyalah semata-mata untuk nampak professional. Ini akan menambahkan beban kepada saudara untuk mengetahui segala asas-asas web dalam masa yang singkat.

Jadi, saya sarankan kepada anda untuk menggunakan platform blogger kerana ianya sangat mudah untuk dikendalikan. Anda boleh download template-template yang lawa untuk kelihatan menarik di hati para pengunjung di Ourbloggertemplate.com dan btemplates.com

Setelah anda menyiapkan landing page, bermakna anda baru sahaja menyiapkan tapak kedai anda. Langkah seterusnya adalah membeli produk fizikal secara borong. Misalan saya mengambil contoh telefon bimbit tadi, saya akan cuba mendapatkan supplier yang mampu memberi harga yang murah. Dengan itu, anda mampu menawarkan harga yang lebih murah berbanding kedai.

Tempat yang paling baik untuk menjual barangan fizikal adalah lelong. dan mudah.my. Ini adalah tempat hot yang mana ramai orang malaysia mencari barangan fizikal yang murah. Jadi, saya rasa anda sudah nampak gambarannya bukan?.Bukan susah untuk buat duit secara online :)


Buat Duit Online | Pendapatan Internet

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasal Saya

My photo
Salam kepada yang sudi singgah. Keep in touch dengan blog ini kerana ia diupdate setiap hari :) Sebarang pertanyaan boleh berhubung di 0132987437

Para Usahawan