Friday, March 12, 2010

Jual Barang Sendiri

Buat Duit Online| Pendapatan Internet

buat


"Aduh, banyak sangat la program internet penipu ni, tak sanggup la kena tipu, haisyh". Ini adalah salah satu rungutan yang saya terima dari sahabat saya. (Padahal dia yang dulu ajak saya buat duit internet ni). Saya cakap, juallah barang sendiri. Senang sahaja nak buat duit online kalau jual barang sendiri.

Jadi, kawan saya bertanya semula barangan persendirian apa yang boleh dijual kepada orang ramai. Saya katakan kepadanya jual produk fizikal ataupun produk digital. Confirm tiada lagi penipuan kerana kitalah kepala kepada perniagaan internet kita.

Saya syorkan kepadanya untuk membuat sebuah ebook panduan dan jualkan kepada orang ramai, Malangnya, apabila mendengar mengenai ebook ramai dikalangan kita yang memandang rendah terhadap potensi e book. Ya, memang saya tahu, buat duit online melalui penjualan ebook malah ebook sendiri mungkin mendapata kutukan sebab hasil tangan orang baru biasanya banyak masalah...

BERITAHU SAYA SIAPA YANG DAPAT MEMBUAT SESUATU YANG PERFECT?

Sedangkan otai-otai pun melakukan kesilapan dalam penghasilan ebook. Jadi saranan saya, buat sahaja dan jualkan dengan harga yang murah. Bila mendapat sambutan baru lah up kan harga dengan harga yang relevan dengan tingkat usaha kita. 

Disini saya akan ajar bagaimana untuk membuat sebuah ebook. 


  • Tahu apa kemahiran kita
  • Rangka mengenai apa yang kita hendak tulis
  • Berkarya!\
  • Jual dan dapatkan untung. 
Positifnya buat duit secara online melalui penjualan ebook adalah, anda bermula dengan RM 0 sebagai kos!
Sebagai contoh, saya tunjukkan rangka penulisan ebook

-Tahu kemahiran kita

  - Ahmad tahu pasal skill tangkap toman

- Rangka apa yang hendak ditulis

   - Pemilihan umpan
   - Pemilihan tempat memancing
   - Memilih masa yang sesuai untuk memancing
   - Tempat Hot Spot memancing Toman

- Berkarya!!
- Jual dan dapat untung

"Ceh, ko ingat senang-senang jer ko nak jual ebook, ada ke orang nak beli". Opss.. Jangan menggagalkan usaha pertama anda dengan soalan "ada ker orang nak beli". Dalam dunia internet, terdapat macam-macam ragam. Hatta kalau anda ingin menjual ebook cara menulis dengan betul pun akan ada orang yang beli...


Usahakan dahulu .... Skil menganalisa pasaran akan anda belajar perlahan-lahan. Anda boleh lihat semula thread tutorial jika anda tidak tahu bagaimana memulakan pemasaran online




Buat Duit Online| Pendapatan Internet

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Pasal Saya

My photo
Salam kepada yang sudi singgah. Keep in touch dengan blog ini kerana ia diupdate setiap hari :) Sebarang pertanyaan boleh berhubung di 0132987437

Para Usahawan