Thursday, September 22, 2011


Member aku penah cerita dekat aku pasal Tony Fernandes.Salah seorang Billionaire dekat Malaysia ni.Dulu dia beli satu company dengan harga RM1 beserta dengan semua hutang-hutang company tu.Tak silap aku company Tune tu.Dari situ, dia develop cari funder untuk projek-projek beliau.Tengok apa dah jadi sekarang?Siap dah beli satu kelab EPL.

Kesimpulannya bukan senang nak jadi usahawan tegar, banyak cabaran dan risiko yang kena dihadapi macam persaingan, kejatuhan ekonomi negara dan sebagainya.Apa yang penting usahawan tegar ni kena sentiasa berfikiran positif, kreatif dalam menjalankan perniagaan dan juga tidak sesekali berputus asa.Di mana ada kemahuan disitu ada jalan.Aku pun ada keinginan nak jadi usahawan tegar satu hari nanti.
Read rest of entry

Thursday, July 21, 2011

Autoresponder Yang Bagus

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ini kita akan berkongsi sebuah tajuk yang diberikan apakah autoresponder percuma yang terbaik untuk semua antara kita ni pakai.

Siapa Sesuai Pakai Autoresponder Percuma?
Untuk menjawab persoalan tu, ia adalah mudah. Sesiapa sahaja yang gunakan autoresponder percuma ni adalah kepada mereka yang baru sahaja nak engage dalam email marketing. Jadi, memang pak cik nasihatkan supaya newbie IM belajar dulu dengan semua source yang percuma. Jangan men serbu je nak beli itu ini, dengar orang tu cakap yang ni bagus, nak amik tu la, pastu ROI ko menjunam, duit lebur takde pulangan.

Contoh Contoh Autoresponder Percuma Yang ada
Kat sini pak cik selitkan beberapa autoresponder percuma yang agak feymes kat internet ni :-

Mailchimp
Listwire
Sendfree
Responders
Cuma yang agak tak bestnya adalah semua autoresponder percuma ni kebanyakannya menyelitkan iklan. Tapi peduli apa ye tak? Dia dah bagi kita pakai server dia percuma, mesti la ada in return nye kan?


Jadi, Autoresponder Percuma Mana Yang Terbaik
So, ni agak promote sikit. Jadi, pak cik memperkenalkan dan mengesyorkan agar korang suma gunakan Mailchimp.com. Best woo, lebih bagus daripada semua autoresponder percuma yang lain. Bawah ni pak cik highlight kenapa Mailchimp agak best.

Takde iklan atau mungkin ada tapi sikit
Cuma ada logo mailchimp je yang nampak jadi agak tak pro
Korang leh capture sampai 2000 subscribers.. Paling banyak sekali antara autoresponder percuma lain.
Boleh blast 12,000 email sebulan.
Read rest of entry

Buat Duit Nuffnang

Walaupun aku tahu blog aku ni tak best mana dan tak famous mana pun, tapi bukan glamour yang aku kejar. Blog ni dah jadi sebagai sebahagian dari hidup aku. Itu je.

Berbalik semula kepada soal buat duit dengan Nuffnang, best ke tidak, kalau tanya aku memang aku jawab best ler. Ketuk-ketuk keyboard buat entri pun boleh je dapat duit. Memang aku tak expect nak dapat banyak sangat pun dari blog ni. So, dapat cash out beberapa kali pun kira OK lah kan, siapa nak kasi?. Sekurang-kurangnya tiap-tiap hari ada duit masuk walaupun beberapa ringgit, Alhamdulillah, aku senyum je juga.

Bukannya apa, buat apa aku nak paksa diri sangat kalau nak berhempas pulas pun untuk dapatkan duit banyak-banyak dari Nuffnang. Aku tahu ada banyak cara lagi untuk buat duit dari internet, amnya dan buat duit dari blog, khususnya.

Malas nak mengharap sangat dengan Nuffnang sebenarnya, kalau terlebih mengharap karang frust pula. Silap-silap haribulan, berhenti berblog terus. So, apa yang aku buat sekarang ni, just update je blog ikut suka hati aku. Ada BE Nuffnang nak bagi, Alhamdulillah. Aku terima dengan senyuman manis. Kalau takde pun, takpe, esok lusa adalah tu nanti.

Erm…sekarang ni kalau tengok earning yang tertera, jumlahnya memang dah boleh cash out, tapi kena tunggu BE tu gugur jadi Metered lah. Hehe.. tangan aku ni memang gatal, pantang tengok dah cecah RM50 je, mesti sibuk nak cash out. Tapi of course lah aku tetap suka kalau iklan-iklan BE tu joget lama-lama dalam blog aku. Lagi lama dia joget, lagi banyak lah aku boleh kaching!.

Kalau nak buat duit dari blog memang memerlukan kesabaran. Kalau nak happy berblog, tak boleh fikirkan sangat pasal duit. Nanti boleh cepat down!. Tapi ramai je orang yang dah berjaya buat duit dengan blog, tu kena banyak belajar dari mereka-mereka yang dah berjayalah. Nothing imposibble. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, tak semestinya kena ikut highway je. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

p/s: Selain dari Nuffnang, boleh juga buat duit dengan jawab survey. Boleh tambah-tambah lagi duit poket. Dengan Churp Churp pun boleh dapat duit juga.

Buat Duit Dengan Nuffnang
Read rest of entry

Monday, April 5, 2010

Cara Membuat Favicon

buat duit online| perniagaan internet

Assalamualaikum semua, da bape hari aku tak update blog aku. Sebab blog aku minggu lepas ada masalah. Aku telah dituduh oleh pak cik Google membuat link spam blog aku. Sedey woo bila tau gitu. Padahal aku buat elok jer. Aku praktis semua Whitehat SEO. Tapi, atas saranan member, aku pun slow talk ngan pak cik Google supaya restore blog aku dan akhirnya Yay, dapat jua.

Penat celoteh pasal aku, hari ini aku nak ajar cara bagaimana nak buat favicon. Penting buat favicon dalam buat duit secara online ni. Sebab dengan adanya favicon, ia menunjukkan betapa professionalnya anda walaupun anda menggunakan blogspot. ( Sampai sekarang aku tak paham, kenapa orang cakap pakai blogspot nampak tidak professional ).

Ok, kita akan pergi terus kepada tutorial nak buat favicon ni. Siap ada gambar lagi nak tambahkan pemahaman korang semua.

Pengenalan -  Favicon adalah satu logo kecil yang korang gunakan ada di sebelah URL korang. Gambar tu boleh jer pilih gambar sendiri ker atau apa-apa gambar yang telah ditukar kepada logo dengan sebuah software (Nanti saya tunjukkan)


Salah satu kepentingan favicon adalah orang senang nak cam laman web kita. So, bila ada logo unik sebelah URL, mereka tahu la yang itu adalah page kita.

Klik link Favicon Generator ni untuk tukar gambar kita menjadi logo.

Pilih size 64x64 sebab logo lebih cantik dan nampak lebih sharp. Ok, lepas pilih gambar dan size, klik generate. Kemudian, akan keluar arahan untuk download favicon tu.

Logo favicon da siap, sekarang tinggal nak masukkan kod dalam Blogger pula. Mula-mula, upload favicon tersebut kedalam sebuah hosting. Sila ke klik ke laman iconj untuk upload favicon anda

Setelah selesai upload, sila copy and paste link URL yang saya bulatkan dalam gambar di dalam notepad.


Setelah copy URL tersebut, gantikan kod yang berwarna merah dengan URL favicon



Apabila selesai step ini, sila klik pada Dashboard > Layout > Edit HTML






Masukkan kod HTML tadi di bawah kod ini



<data:blog.pagetitle/>


Kod ini berada di bahagian atas sahaja. Lihat gambar kalau masih kurang jelas.



Dan, apabila sudah letakkan kod favicon, klik save template dan lihatlah betapa cantiknya favicon anda di URL anda. Baru lah nampak professional :)

buat duit online | perniagaan internet

Read rest of entry

Tuesday, March 30, 2010

5 Sebab Kenapa Perlu Hantar Blog ke Blog Direktori

buat duit internet|perniagaan internet






Salam, alhamdulillah, aku baru jer dapat permintaan dari pelawat blog aku ni supaya gunakan bahasa yang sempoi dan lebih mesra kawan. Jadi, mungkin korang akan rasa berbeza jika korang ni subscriber blog aku yang sederhana ini. Aku harap bahasa yang aku guna ni tidak ler terlalu tidak sopan. Ok, pada hari ini aku nak terangkan mengenai blog direktori. Kalau korang sudah biasa buat duit online dalam dunia perniagaan internet, blog direktori ni dah celah-celah gigi korang jer.


Tapi, aku tak sangka masih ada orang yang mempersoalkan mengenai blog direktori. Segelintir dari diorang ni menyebut bahawa serta meng "claim" (betulkah?) trafik di blog direktori ni rendah. Yer la, sapa la nak datang dan lawat blog direktori tu lama-lama. Ibarat pergi stor buku, letak buku kemudian tak datang-datang lagi da.

Jadi, aku yang buat duit secara online melalui blog ni cuba mempertahankan pihak-pihak "blog direktori" ni. Jadi aku sebutkan satu-satu biar jelas lagi nyata kepada mereka yang memandang enteng terhadap kebolehan blog direktori ni.

  1. Blog direktori ni selalunya mempunyai PR lebih dari 5. So kalau korang da mahir dengan backlinking, korang dapat agak kan betapa besarnya peranan blog direktori
  2. Blog direktori ada RSS Feed atau sebagainya. Korang tak payah nak buka berkali-kali blog disitu kerana dah auto update
  3. Blog direktori memang tiada pengunjung manusia, tetapi banyak pengunjung robot. Robot-robot dari seluruh search engine suka singgah blog direktori sebab selalu update (disebabkan blogger tu sendiri) dan penambahan blog baru.
  4. Jadi, secara tidak langsung, ia akan membantu proses SEO korang dan memenangi front page dalam SERP
  5. Bila da keluar jadi tempat teratas, makin lebatlah trafik masuk dan bertukarlah jadi buat duit secara online.

Rasanya, dengan lima sebab diatas, sudah cukup untuk buat mereka yang memandang rendah terhadap blog direktori merasa malu sendiri. Sebagai penambahan, aku letakkan senarai blog direktori yang korang boleh join tanpa rasa ragu-ragu.

  • Blogcatalog
  • blogarama
  • blogtoplist
  • topblogging
  • topblogarea
  • topofblogs
Korang search jer kat google,berlambak blog direktori yang boleh korang join. So, apa tunggu lagi, submit la blog korang kat blog direktori. Jangan lupa baca tatacara link exchange biar korang dapat lagi trafik lebat.


buat duit online|perniagaan internet
Read rest of entry
Related Posts with Thumbnails
 

Pasal Saya

My photo
Salam kepada yang sudi singgah. Keep in touch dengan blog ini kerana ia diupdate setiap hari :) Sebarang pertanyaan boleh berhubung di 0132987437

Para Usahawan